BLOG

5 SEBAB MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI LUAR NEGARA

5 Sebab Melanjutkan Pengajian Tinggi di Luar Negara

5 Sebab Melanjutkan Pengajian Tinggi di Luar Negara

Bila diperkatakan mengenai melanjutkan pengajian ke luar negara atau oversea, secara automatik pemikiran kita akan terus berfikir seperti tempat yang menarik, suasana dan sistem pendidikan yang berbeza,  peluang merasai negara bercuaca 4 musim dan perbezaan bahasa pertuturan. Malahan, terdapat juga beberapa sebab dan kelebihan melanjutkan pengajian ke luar negara, antaranya adalah;

1. Meraih Pengalaman Baharu

Pertama sekali tentulah pengalaman yang sangat berbeza dan menarik yang bakal dirasai. Hal ini kerana, setiap negara mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta sejarah yang boleh diterokai. Sebagai contoh, melanjutkan pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) di luar negara sangat berbeza seperti dalam Malaysia. Sistem pendidikan di setiap negara adalah berbeza antara satu sama lain, seperti di Bangladesh para pelajar dapat merasai pengalaman praktikal menggunakan anggota badan atau mayat manakala General Medicine (MD) di Rusia pula menggunakan patung/dummy. Pengalaman ini pasti lebih menarik kerana secara tidak langsung mampu menajamkan lagi kemahiran seseorang pelajar perubatan itu sendiri.

2. Perkembangan IQ dan EQ

Selain itu, tahap pemikiran, penerimaan dan pembinaan emosi agak berbeza bagi individu yang pernah mejelajah, menuntut atau menetap di luar negara. Setiap negara mempunyai perbezaan budaya, tradisi dan pemikiran yang membentuk sesebuah bangsa negara tersebut. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi nilai tambah bagi seseorang individu yang menjadikannya lebih berpemikiran terbuka dan realistik. Ibarat sistem pendidikan MBBS atau MD di luar negara yang lebih kepada keadaan sebenar dan terkini, praktikal dan perbincangan secara berkumpulan yang lebih efektif berbanding pembelajaran secara individu.

3. Pertukaran Bahasa

Salah satu kelebihan jika mengembara ke negara luar adalah bahasa pertuturan. Bahasa merupakan lambang bagi sesebuah etnik dan bangsa. Ibarat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi bangsa lain juga bebas mengamal bahasa ibunda mereka sendiri. Malahan, bahasa Inggeris juga mempunyai dialek tersendiri seperti dialek Amerika atau United Kingdom. Jika melanjutkan pengajian MBBS atau MD di luar negara, ia memberi sedikit sebanyak nilai tambah kepada individu seperti doktor atau pakar bedah kerana mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, yakni memudahkan dia untuk berkomunikasi dengan pelbagai pesakit kelak.

4. Kenalan Baru

Berkawan atau mempunyai kenalan sudah tentu menyeronokkan. Ada juga yang berkawan dari kecil hingga ke zaman universiti. Malahan, semakin jauh kita menjelajah atau mengembara semakin ramai kenalan kita. Tambahan pula, kenalan ini bukan daripada bangsa dan tradisi yang sama. Malahan, secara tidak langsung jika melanjutkan pengajian ke luar negara membuka peluang untuk menambah kenalan sedia ada. Proses pembelajaran akan lebih mudah jika seorang pelajar itu mempunyai sahabat untuk berkongsi kemahiran atau study buddy. Sebagai contoh, study buddy untuk membuat latihan jahitan luka yang merangkumi simpul tunggal, matras horizontal atau vertical dan jahitan jelujur sederhana bagi program MBBS atau MD.

5. Yuran Pengajian

Bagaimana pula dengan yuran pengajian? Mesti lebih tinggi. Jika dibandingkan dengan institusi pengajian tinggi Malaysia pastinya lebih murah, tetapi cabarannya adalah kuota yang terhad. Malah, terdapat juga calon yang memperoleh keputusan yang cemerlang sama ada di peringkat Asasi, Diploma atau Matrik tetapi tidak mendapat tempat dalam Malaysia. Sebenarnya, melanjutkan pengajian dalam program perubatan atau MBBS di luar negara jauh lebih murah namun bergantung kepada negara yang di pilih. Hal ini kerana, kos pengajian perlu ditambah dengan kos sara hidup yang mengikut matawang luar negara. Sebagai contoh, yuran bagi program perubatan atau MBBS di Mesir adalah pada kadar USD 40,000 atau RM 160,000+- selama 5 tahun. Pecahan bagi yuran setahun adalah sebanyak USD 8,000.

Akhir kata, jika mempunyai sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut mengenai Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau MBBS di Mesir, Bangladesh, Indonesia atau Rusia boleh hubungi kami di talian 013-312 0560 atau menerusi emel management.zze@gmail.com


Posted 4 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES