BLOG

5 SEBAB MENARIK UNTUK ANDA BELAJAR DI RUSSIA

5 Sebab Menarik untuk Anda Belajar di Russia

5 Sebab Menarik untuk Anda Belajar di Russia

Russia adalah sebuah negara yang terbesar di dunia mengikut keluasan negara ini merangkumi kawasan Asia dan Eropah. Menurut fakta, Russia adalah negara yang memiliki paling ramai penduduk di benua Eropah dan menduduki tangga ke-9 negara paling ramai penduduk.

Walaupun dengan keluasan dan jumlah penduduk yang ramai, Russia adalah sebuah negara yang maju dan memiliki taraf pendidikan yang tinggi sekaligus menarik tumpuan ramai untuk belajar di sana. Untuk pengetahuan semua, Zara Zakiah Education juga menawarkan para pelajar untuk menyambung pelajaran di Russia dengan kos yang sangat berpatutan dan program pelajaran yang menarik!

Tapi apa yang best belajar di Russia ni? Jom terokai satu-satu!

1. KUALITI UNIVERSITI ANTARA TERBAIK DUNIA

Walaupun negaranya besar dan memiliki jumlah penduduk yang ramai, sektor pendidikan tidak diabaikan di Russia. Menurut kedudukan universiti dunia, sebanyak 25 universiti di Russia telah menempatkan diri dalam kedudukan 1000 universiti terbaik, dengan Lomonosov Moscow State University yang mendahului dengan berada di tempat ke-84 di seluruh dunia.

Di Russia juga terdapat bandar universiti yang terletak di Tomsk. Di situ terletaknya pusat pendidikan dan menjadi lokasi penyelidikan ilmiah. Di situ juga terdapat sejumlah enam universiti yang tertua dan terletaknya sebuah perpustakaan terkenal iaitu Pushkin Library.

2. SENANG DAPAT MAKANAN HALAL

Seperti di China, Russia juga memiliki jumlah penduduk beragama Islam yang ramai. Dianggarkan jumlah penduduk beragama Islam adalah berjumlah 10% dari peratusan populasi iaitu sejumlah lebih 14 juta orang. Pengusaha restoran di sana biasanya adalah mereka yang berasal dari Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Jadi, untuk mendapatkan makanan yang halal di sana adalah perkara yang mudah. Malah, banyak juga restoran yang menyajikan hidangan dari Asia Tengah dan Timur.

3. RUSSIA SEBUAH NEGARA YANG KAYA DENGAN SEJARAH!

Tahukah anda dalam masa satu abad sahaja, sebuah empayar telah bertukar tangan empat kali? Dari Tsar kepada Republik Soviet, kemudian Soviet Union dan sekarang kepada Federasi Russia yang diketuai oleh presiden mereka.

Russia memiliki banyak sejarah besar melibatkan empayar dahulu kala. Amatlah menarik jika kita dapat memerhatikan secara terus. Kalau yang belajar di sana, boleh belajar lebih banyak dan mendekati sejarah Russia dengan lebih mendalam!

4. SISTEM PENGANGKUTAN YANG EFISYEN

Seperti bandar bandar besar yang lain, Moscow merupakan ibu negara Russia yang juga padat dengan penduduk. Laluan jalan rayanya sentiasa sesak dengan kenderaan yang lalu-lalang.

Moscow Metro. Sumber: moscovery.com

Mujur sahaja pengangkutan awam di Russia antara yang terbaik dan efisyen. Nadi utama pengangkutan awam di sana adalah Moscow Metro. Moscow Metro adalah sistem transit laju tercanggih di Russia dan merupakan salah satu laluan bawah tanah yang paling sibuk di dunia. Ruang stesyen di setiap Moscow Metro adalah sangat indah. Anda seolah-olah berada di sebuah istana yang dihiasi dengan hiasan klasik dan unik.

Keindahan reka bentuk dalaman Moscow Metro. Sumber: David Torres

Jadi kalau belajar di Russia, tak perlu nak risau lagi. Segala perjalanan anda akan menjadi mudah dengan pengangkutan awam di Russia. Pergerakan anda akan menjadi mudah untuk ke kelas mahupun untuk bersiar-siar.

5. BERPELUANG BELAJAR BAHASA RUSSIA

Sementara berada di sana tu, bolehlah belajar bahasa Russia sekali! Tahukah anda, bahasa Russia adalah bahasa keenam paling ramai penutur di dunia? Terdapat 137 juta penutur bahasa Russia dan menjadi bahasa rasmi untuk negara lain seperti Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Selain itu, bahasa Russia juga merupakan bahasa penutur buat masyarakat tempatan di Georgia, Moldova dan Ukraine.

Pengalaman belajar di Russia sudah pastinya anda tidak dapat lupakan dan menjadi kenangan indah untuk dikenang sepanjang hayat. Graduan dari Russia juga sudah pastinya di pandang tinggi dan menjadi rebutan sebaik sahaja menamatkan pengajian. Tunggu apa lagi, biar Zara Zakiah Education bantu anda semua!

Pelajar-pelajar ZZE di Rusia

Zara Zakiah Education menawarkan pakej untuk belajar di Russia dengan yuran serendah RM 36,000 / tahunan sahaja! Berbanding IPTS dalam Malaysia, murah kan??

Ada yang mahu menyambung pelajaran mereka di Russia? Jom hubungi Zara Zakiah Education dengan segera untuk pertanyaan lanjut!

Website: zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

Call: 03-8920 8119

WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027

Atau anda boleh membuat appointment bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES