BLOG

INSTITUT PERTANIAN BOGOR UNIVERSITI (IPB) DESTINASI VETERINAR TERBAIK DI ASIA TENGGARA

Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB) Destinasi Veterinar Terbaik di Asia Tenggara

Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB) Destinasi Veterinar Terbaik di Asia Tenggara

Institut Pertanian Bogor Universiti atau lebih dikenali sebagai IPB merupakan antara universiti terbaik di Asia Tenggara yang terletak di Bogor, Jawa Barat iaitu di sekitar Bandung, Indonesia. Terdapat lapan buah fakulti di IPB dan antaranya ialah Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). IPB merupakan institusi tertua yang menjalankan pendidikan Perubatan Veterinar atau dikenal juga sebagai Doktor Haiwan. IPB telah diikitiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA), Malaysian Veterinary Council (MVC) dan juga World Veterinary Association (WVA). Ini membuktikan bahawa IPB adalah pilihan yang sangat baik bagi bakal Doktor Haiwan di Malaysia.

Tempoh pengajian bagi pelajar Perubatan Veterinar di IPB adalah selama empat tahun dan dua tahun praktikal. Namun begitu, tempoh praktikal adalah bergantung kepada prestasi pelajar tersebut. Peluang untuk menyambung pelajaran di IPB amat digalakkan bagi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu Perubatan Veterinar dan Doktor Haiwan ini.

Syarat minimum kelayakan bagi kemasukan ke IPB bagi program Perubatan Veterinar atau bidang Doktor Haiwan ini adalah seperti yang berikut:

  1. SPM (Minima B semua subjek aliran sains)
  2. PNGK 3.0 (A-Level/STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma Sains/Setaraf) atau SPM/O-Level
  3. Lulus ujian kemasukan
  4. MUET

Tahukah anda bahawa di Malaysia hanya terdapat dua buah Universiti Awam sahaja yang menawarkan tempat bagi program Perubatan Veterinar ini? Dua Universiti Awam tersebut ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Manakala program Perubatan Veterinar atau bidang Doktor Haiwan ini tidak ada ditawarkan di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Jadi, ini membuktikan bahawa tempat bagi menyambung pengajian di dalam bidang Doktor Haiwan di Malaysia ini sangat terhad. Namun, jangan khawatir atau bimbang buat sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam Perubatan Veterinar atau bidang Doktor Haiwan ini, IPB adalah solusinya. IPB adalah destinasi terbaik buat sesiapa yang ingin menjadi Veterinar atau Doktor Haiwan

memandangkan IPB menduduki ranking 449 universiti terbaik di dunia berdasarkan QS World University Ranking 2023.

Selain itu, IPB juga memiliki Rumah Sakit Hewan Pendidikan (RSHP) atau Hospital Veterinar tersendiri yang terbesar dan terbaik di Indonesia. RSHP atau Hospital Veterinar telah memperoleh pensijilan daripada Asean University Network Quality Assurance (AUN-QA) pada tahun 2019. Oleh itu, tiada keraguan bahawa melanjutkan pengajian sebagai Doktor Haiwan di IPB merupakan peluang yang amat baik. Antara kelebihan belajar di IPB juga adalah ia mempunyai budaya dan bahasa yang hampir sama dengan Malaysia. Ini dapat memudahkan para pelajar untuk memahami dan menyesuaikan diri di sana. Kos sara hidup di IPB juga sangat berpatutan bagi para pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Tahukah anda, Malaysia amat memerlukan Veterinar atau Doktor Haiwan di negara ini? Hal ini  disebabkan jumlah Veterinar atau Doktor Haiwan yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan semasa. Namun, seperti yang telah dimaklumkan bahawa institusi bagi menyambung pendidikan Perubatan Veterinar di Malaysia amat terhad iaitu sebanyak 150 tempat sahaja dan hanya ditawarkan di dua IPTA sahaja iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tetapi, jangan risau! Anda masih berpeluang untuk menyambung pelajaran di luar negara sebagai Plan B anda. Oleh itu, IPB adalah destinasi yang tepat untuk anda yang amat berminat dalam bidang Perubatan Veterinar dan dalam bidang Doktor Haiwan ini merupakan pilihan yang terbaik. Kadar permintaan semasa yang amat tinggi di Malaysia menunjukan kebolehpasaran serta peluang pekerjaan yang tinggi bagi pelajar yang berada di dalam bidang Veterinar ini.

Anda berminat dalam bidang Veterinar atau Doktor Haiwan? Bercita-cita untuk menjadi Doktor Haiwan? Jadi, apa tunggu lagi bakal Doktor Haiwan sekalian?! Zara Zakiah boleh bantu anda! Hubungi Konsultan Pendidikan Zara Zakiah Education, En Nazrin di talian 011-14799976 untuk maklumat lanjut.


Posted 11 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES