Comments
Salam,
Saya adalah bapa kepada anak yang telah mengambil keputusan SPM 2033 yang baharu saja diumum.
Mahu bertanya tentang program pergigian yang ditawarkan di Universitas Sumatera Utara berkaitan syarat kemasukan dan kos pengajian.
Universitas Sumatera Utara atau dikenali juga sebagai USU masih lagi menjadi pilihan pelajar untuk sambung pengajian terutamanya dalam bidang Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi. Universiti ini bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada Tarikh 4 Jun 1952. Yayasan ini ditubuhkan oleh Gabenor Sumatera Utara bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sumatera Utara khususnya dan masyarakat Indonesia amnya. Fakulti pertama yang ditubuhkan adalah Fakultas Kedokteran (Perubatan).
Terdapat banyak faktor yang menjadikan Universitas Sumatera Utara ini kekal dari dahulu menjadi destinasi pilihan bagi menyambung pengajian Perubatan dan Pergigian terutamanya pelajar dari Malaysia. Berikut disenaraikan antara sebab utama.
Perkara ini amat penting bagi bakal pelajar perubatan, pergigian mahupun farmasi. Ringkasan kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Badan ini bertanggungjawab dalam menjaga kualiti para doktor yang berkhidmat di Malaysia. Oleh itu, ambilan pelajar perubatan juga perlu ditapis beserta kepastian graduan lepasan universiti yang diiktiraf. Boleh lihat pengiktirafan di link ini.
MDC ini pula bertanggungjawab dalam menjaga kualiti para doktor gigi di Malaysia. Oleh yang demikian, bagi graduan doktor gigi luar negara, MDC sendiri telah mengeluarkan senarai institusi yang diiktiraf.
Malaysian Qualification Agency (MQA) memberi pengiktirafan pada semua kursus pengajian yang melayakkan untuk graduan bekerja di sektor kerajaan setelah tamat pengajian kelak. Perkara ini penting bagi pelajar pengajian perubatan dan pergigian yang akan memasuki tempoh housmanship setelah tamat belajar di universiti luar negara.
Bagi pengajian Farmasi di USU, buat masa ini ia belum mendapat pengiktirafan MQA namun telah mendapat pengiktirafan dari PBM (Pharmacy Board Malaysia).
Yuran keseluruhan pengajian bagi program perubatan atau medic dalam RM 210,000* manakala bagi pergigian dalam RM 200,000*. Jumlah ini masih dikira relevan dan berbaloi dengan kualiti dan pengalaman belajar di luar negara yang bakal diperolehi. (*bergantung kadar tukaran wang semasa dan makluman terkini universiti)
Ada sesetengah ibu bapa yang membuat perbandingan dengan kos pengajian di IPTS Malaysia. Namun kos pengajian di USU lebih rendah bahkan pelajar sendiri mendapat nilai tambah sebagai pelajar antarabangsa di universiti awam luar negara.
Universiti ini terletak di kota Medan yang merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur atau KLIA, akan turun di Lapangan Terbang Kualanamu dengan anggaran perjalanan lebih kurang 1 jam. Dekat bukan? Sebagai tambahan, Kualanamu adalah lapangan terbang (atau Bahasa Indonesianya ; Bandara) antarabangsa baru di Medan bagi menggantikan lapangan terbang antarabangsa lama, Polonia sejak Julai 2013. Di lapangan terbang ini juga terdapat pengangkutan awam serta jarak ke bandar Medan sekitar 40 km sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kecemasan, tidak perlu risau untuk pulang ke Malaysia kerana jarak yang dekat dan dalam 1 hari ada beberapa penerbangan antara Kualanamu dan KLIA. Ibu bapa serta keluarga pun boleh melawat pelajar sambil bercuti di Medan. Haa jangan tak tahu, di Medan banyak tempat menarik untuk dilawati. Harga tiket flight dalam anggaran RM300 hingga RM600*.
Tahukah anda, kebanyakan pelajar luar negara yang mendaftar pengajian di Universitas Sumatera Utara ini akan belajar dalam International Class. Dalam 1 kelas terhad pada 30 hingga 40 orang pelajar sahaja. Hal ini memberi kelebihan buat para pensyarah dapat memberi perhatian yang optimum pada para pelajar dalam kelasnya.
Secara amnya kos sara hidup di Indonesia adalah sederhana, iaitu dalam RM 500 hingga ke RM 700 sebulan. Kos ini termasuklah kos rumah sewa, makan minum, pengangkutan dan internet. Ringkasnya, kos ini masih boleh dikira rendah berbanding kos kehidupan di Malaysia.
USU adalah universiti awam di Indonesia. Kemudahan dan fasiliti yang disediakan hampir lengkap. Antaranya termasuklah seperti gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, surau, makmal, kafetaria, perpustakaan, ATM, studio dan lain-lain kemudahan sokongan seperti Wifi. USU juga ada menyediakan asrama pelajar, bas serta basikal kampus. Fasiliti yang disediakan ini sangat memudahkan bagi pelajar. Jadi anda tidak perlu risau lagi tentang aktiviti apa yang boleh dilakukan atau kedai makan di dalam universiti. Oh ya, kemudahan yang terkini adalah Hospital Universiti yang ditubuhkan pada awal 2016. Secara tidak langsung ia amat membantu para penuntut pengajian perubatan, pergigian atau pun farmasi.
Kalau nak diringkaskan belajar di Universiti Sumatera Utara sangatlah menyeronokkan dari segi fasiliti dan kemudahan di universiti. Penginapan pelajar pula hanya dikawasan sekitar universiti sahaja. Tiada lagi masalah hadir lewat ke kelas. Dengan kemudahan yang cukup, lokasi yang strategik, serta dapat menghilangkan rasa bosan. Andai stress dan penat belajar, tersedianya tempat-tempat menarik di sekitar untuk dikunjungi.
Anda berminat menjadi salah seorang mahasiswa Universitas Sumatera Utara atau USU?
Berikut adalah Syarat Kemasukan ke universiti ini:
Info lanjut boleh sahaja hubungi 014-8068027 atau WhatsApp di http://wasap.my/60148068027/BelajarLuarNegaraUSU
Salam,
Saya adalah bapa kepada anak yang telah mengambil keputusan SPM 2033 yang baharu saja diumum.
Mahu bertanya tentang program pergigian yang ditawarkan di Universitas Sumatera Utara berkaitan syarat kemasukan dan kos pengajian.
Add a comment