
Peluang Sambung Belajar Oversea
Rezeki sambung belajar ke luar negara bagaikan pintu peluang yang terbuka luas terhadap harapan masa depan yang cerah. Pendidikan di sana bukan sekadar ilmu tetapi pengembaraan yang membuka mata dan hati kepada dunia...

Peluang Sambung Belajar Oversea
Rezeki sambung belajar ke luar negara bagaikan pintu peluang yang terbuka luas terhadap harapan masa depan yang cerah.
Pendidikan di sana bukan sekadar ilmu tetapi pengembaraan yang membuka mata dan hati kepada dunia yang lebih luas.
Bagi rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan.
Contohnya pemilihan institusi pengajian, kursus yang ditawarkan, dan sokongan oleh agensi penyedia perkhidmatan pendidikan.
Artikel ini boleh dijadikan sebagai panduan ringkas bagaimana anda boleh merebut peluang sambung belajar ke oversea.
Cakna 6 Perkara Ini Sebelum Sambung Belajar
Kenali Diri Anda dan Matlamat Pendidikan
Sebelum membuat keputusan, pertimbangkan minat, bakat, dan matlamat pendidikan anda.
Bakal pelajar perlu menyusun strategi pendidikan yang sesuai dengan tujuan dan cita-cita anda.
Semak Syarat Kemasukan
Sebelum proses permohonan, teliti dan pilih institusi pengajian yang sesuai dengan keperluan dan matlamat pendidikan anda.
Bakal pelajar mesti melayari laman web universiti pilihan mereka dan menyemak syarat kemasukan institusi pilihan mereka.
Ambil maklum tentang syarat kemasukan seperti skor minimum SPM, keperluan subjek khusus dan ujian penguasaan bahasa Inggeris seperti IELTS atau TOEFL.
Pemilihan Destinasi Pengajian
Pilih destinasi pengajian yang sesuai dengan gaya hidup, iklim, dan budaya yang anda inginkan.
Anda perlu maklumat terkini tentang pelbagai destinasi pendidikan luar negara untuk membuat keputusan yang baik.
Hantar Borang Permohonan
Kebanyakan universiti menyediakan portal permohonan dalam talian dan menyediakan maklumat kemasukan secara digital.
Pemohon hanya perlu mengisi borang yang diperlukan dan memuat naik dokumen penting melalui portal.
Dokumen penting ini termasuk transkrip akademik, surat rujukan dan maklumat peribadi.
Pastikan anda menyerahkan borang permohonan dan dokumen yang lengkap sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Tunggu Surat Tawaran
Pastikan anda sentiasa menyemak e-mel peribadi anda untuk melihat keputusan tawaran setelah selesai hantar permohonan.
Sesetengah universiti akan menjadualkan sesi temuduga.
Ada juga yang akan terus menghantar surat tawaran sekiranya pelajar layak mendaftar di universiti tersebut.
Sokongan Kewangan dan Biasiswa
Menyambung pelajaran ke luar negara melibatkan kos yang agak tinggi.
Namun, terdapat banyak bantuan kewangan yang boleh dicuba oleh bakal pelajar.
Rebut Peluang Sambung Belajar Bersama Zara Zakiah
Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. sebuah agensi perundingan pendidikan di Malaysia dengan lebih 15 tahun pengalaman.
Peneraju dalam membantu pelajar dan ibu bapa mencapai impian pendidikan mereka sejak penubuhannya pada tahun 2010.
Selain menawarkan perkhidmatan perundingan, Zara Zakiah membimbing pelajar dan ibu bapa dalam memilih destinasi pendidikan luar negara.
Agensi ini menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi di berbagai negara seperti Indonesia, Bangladesh, Mesir, dan Rusia.
Pemilihan destinasi tempatan juga menjadi fokus utama dengan kerjasama bersama universiti tempatan dan kolej-kolej swasta.
Mengapa Memilih Zara Zakiah Education
Pengalaman Lebih 15 Tahun
Kelebihan utama adalah pengalaman jangka masa panjang yang telah membimbing ribuan pelajar mencapai matlamat pendidikan.
Bantuan Kewangan
Zara Zakiah membantu menyediakan dokumen untuk permohonan pengeluaran EPF bagi bantuan kewangan ibu bapa.
Menjaga Pengurusan Pelajar
Agensi ini memastikan setiap pelajar menerima bimbingan yang diperlukan dengan pengurusan pelajar yang sistematik.
Percuma Perkhidmatan Perundingan
Sesi perbincangan percuma memberi peluang kepada pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat lanjut tanpa sebarang caj.
Pengurusan Penginapan
Menguruskan penginapan pelajar untuk tahun pertama pengajian, memberikan ketenangan fikiran kepada pelajar dan ibu bapa.
Perkhidmatan Penuh
Daripada permulaan hingga tamat, Zara Zakiah menyediakan perkhidmatan pengurusan sepenuhnya.
Wakil Staf di Setiap Negara
Dengan wakil staf di setiap negara, pelajar mendapat sokongan yang kukuh di lokasi pengajian mereka.
Perkhidmatan Zara Zakiah
Panduan Pra-Berlepas: Memberi panduan untuk mempersiapkan pelajar sebelum meninggalkan negara.
Nasihat Profesional dan Perunding Berpengalaman: Mendapatkan pandangan yang mantap daripada pakar dalam membuat keputusan pendidikan.
Pendaftaran dan Dokumentasi: Bantuan dalam proses pendaftaran dan pengumpulan dokumen yang diperlukan.
Camp Persediaan dan Hari Orientasi: Menyediakan program persediaan dan orientasi bagi memudahkan pelajar beradaptasi dengan persekitaran baru.
Pengurusan Penginapan Pelajar: Memastikan pelajar mendapat tempat tinggal yang selesa bagi tahun pertama pengajian mereka.
Melalui Zara Zakiah, inilah jalannya untuk sambung belajar ke luar negara bagi memulakan perjalanan pendidikan global anda.
Dengan sokongan dan perkhidmatan yang holistik, langkah anda sambung belajar ke luar negara akan diberikan bimbingan rapi.

Hubungi Kami
Diiktiraf Oleh

Malaysian Medical
Council

Malaysian Veterinar
Council

World Health
Organization

Malaysian Qualifications Agency

Malaysian Pharmacist
Society

Malaysian Dental
Council
Dipercayai
Tiada caj tersembunyi. Kami jujur dari awal sampai akhir.
Sokongan Penuh Di Lapangan
Kami ada bersama anda di negara destinasi — dari hari pertama sampai selesa.
Panduan Kewangan
Kami bantu urusan Pembiayaan Pendidikan Bank AFFIN dan pengeluaran Akaun 2 KWSP.
Pilihan Mengikut Anda
Daripada Perubatan hingga Pengajian Agama — kami padankan bidang terbaik dengan hala tuju anda.















