Universitas Airlangga atau singkatannya UNAIR adalah sebuah Universiti Awam IPTA di Indonesia. Terletak di kota kedua terbesar di Indonesia iaitu Kota Surabaya. Kota Surabaya adalah Ibu Kota bagi Daerah atau Provinsi Jawa Timur. Universitas Airlangga (UNAIR) ditubuhkan pada tahun 1954, nama pemberian Airlangga bermaksud “Sang Pemelihara” adalah seorang raja sangat terkenal pada Abad XI. Bermula hanya mempunyai lima Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada Fakultas Kedokteran, Fakultas Kedokteran Gigi, Fakultas Hukum, Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Airlangga (UNAIR) berkembang maju seiring dengan kemajuan Kota Surabaya dengan penubuhan beberapa Fakulti baru seperti Fakultas Ekonomi (1961), Fakultas Farmasi (1964), Fakultas Kedokteran Hewan (1972), Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (1977), Fakultas Sains dan Teknologi (1982), Fakultas Pascasarjana (1982), Fakultas Psikologi (1993), Fakultas Ilmu Budaya (1998) dan Fakultas Keperawatan (2008).
Sehingga kini Universitas Airlangga (UNIAR) adalah sebuah Universiti Awam yang mempunyai kedudukan terbaik dalam senarai Universiti di Indonesia. Universitas Airlangga (UNIAR) sentiasa menduduki 4 kumpulan terbaik dalam UniRanks dan QS World University. Antara Fakulti yang sentiasa menjadi buah mulut pelajar tempatan mahupun pelajar Antarabangsa termasuk dari Malaysia adalah Fakultas Kedokteran Hewan atau lebih mudah dikenali di Malaysia sebagai Fakulti Veterinar.
“Tahukah anda, pada tahun 2023 Universitas Airlangga (UNAIR) telah menduduki no1 sebagai Veterinar School Terbaik di Indonesia mengatasi Universitas Gadjah Mada dan Institut Pertanian Bogor di tempat kedua dan ketiga”
Bagi pelajar Malaysia yang berminat menyambung pengajian dalam bidang Veterinar sudah semestinya arif tentang peluang melanjutkan pengajian Veterinar di Univeristi Awam Malaysia yang sangat terhad. Bahkan tiada Univerisiti Swasta yang menawarkan bidang Veterinar ini di Malayisa. Hal ini disebabkan oleh tiada tempat untuk para pelajar membuat klinikal atau pratikal di Hospital Haiwan yang berdekatan dengan universiti tersebut. Bidang Veterinar menjadi salah satu bidang yang mendapat permohonan tertinggi di Malaysia selepas Program Perubatan dan Pergigian, namun kuota yang diberikan tidak mampu menampung lebihan permohonan dari pelbagai lepasan seperti Diploma, Asasi, Matrikulasi dan STPM. Hanya 150 kuota sahaja bagi setiap tahun bagi bidang Veterinar ini, dan pelajar yang memohon lebih 5000 bagi setiap permohonan. Boleh anda bayangkan?
“Tahukah anda, bidang Veterinar di Malaysia hanya terdapat di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)”
Tidak hairan ramai pelajar Malaysia yang berhijrah ke Indonesia bagi memenuhi kuota pelajar Antarabangsa bagi bidang Veterinar ini. Semestinya mereka memilih Universiti terbaik bagi bidang Veterinar ini, dan menjadi pilihan utama bagi pelajar Malaysia adalah di Universitas Airlangga (UNAIR). Kuota bagi pelajar Antarabangsa juga tidak banyak, hanya 20 tempat sahaja bagi setiap tahun bagi bidang Veterinar di Universitas Airlangga (UNAIR) ini. Terdapat tiga kali permohonan dalam satu tahun iaitu pada bulan Mac, Mei, dan Julai namun kemasukan universiti tetap hanya satu kali sahaja untuk kemasukan ke Universitas Airlangga (UNAIR) ini iaitu pada bulan Ogos. Buat pengetahuan pembaca semua, kuota 20 tempat ke Universitas Airlangga (UNAIR) bagi bidang Veterinar ini sentiasa PENUH setiap tahun. Jadi kalau ada yang berminat, boleh teruskan membaca. Di hujung artikel kami akan kongsikan beberapa tips dan cara untuk mendaftar di Universitas Airlangga (UNAIR) bagi bidang Veterinar ini.
“Tahukah anda, Universitas Airlangga (UNAIR) ini adalah sebuah Universiti Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia MQA dan Malaysia Veterinary Council (MVC)”
Seperti di awal artikel tadi kami telah jelaskan Universitas Airlangga (UNAIR) terletak di Kota Surabaya, kota kedua terbesar selepas Jakarta. Jadi tiada masalah dari segi fasiliti, pengangkutan awam, dan kemudahan awam di sekitar Universitas Airlangga (UNAIR). Tahap ketersampaian juga bagus bagi keperluan seorang mahasiswa. Bahkan fasiliti dalam kawasan Universitas Airlangga (UNAIR) itu sendiri juga terbaik bagi pelajar asing seperti pelajar Malaysia. Penginapan hostel juga disediakan di Kampus C yang menempatkan pelajar dari Fakulti Veterinar dan Farmasi. Jarak perjalanan dari hostel ke Fakulti Veterinar hanya mengambil masa 10 minit jika berjalan kaki. Pihak Universitas Airlangga (UNAIR) juga menyediakan perkhidmatan shuttle bus dari hostel ke Fakulti Veterinar. Kafe-kafe atau rumah makan juga mudah didapati di sekitar penginapan, dan yang seronoknya adalah pelajar juga boleh memesan makanan melalui Grabfood atau Gojek ke penginapan pelajar. Mudah! Sama macam di Malaysia juga!
Pembaca sudah jelas? Jika ada info yang masih belum lengkap tentang Program Veterinar di Universitas Airlangga (UNAIR) ini, pembaca dijemput untuk follow kami di media sosial di pautan di bawah:
Website : https://zarazakiah.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/zarazakiaheducation/
Facebook : https://www.facebook.com/zarazakiahofficialhq
Tiktok : https://www.tiktok.com/@zarazakiaheducation
Atau lebih mudah boleh call atau whatsapp Konsultan Pendidikan kami, En Nazrin bagi mendapatkan tips-tips cara daftar bidang Veterinar di Universitas Airlangga (UNAIR) di talian 011-14799976. Jumpa anda semua bakal Veterinar di Univeristas Airlangga (UNAIR) nanti bagi intake 2024/2025. Permisi Dulu Ya!!
Add a comment